Thursday, August 26, 2010

Home » , » Selamatkah air yang anda minum??

Selamatkah air yang anda minum??


Pencemaran air berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri.Salah satu aktiviti manusia yang menjurus kepada pencemaran air ialah pembuangan sampah dan kumpahan secara tidak bermoral ke dalam sungai-sungai dan tasik yang tidak terkawal.Sampah sarap yang di maksudkan adalah dari pembuangan sisi dari kawasan perbandaran dan juga kewasan kediamam,perindustrian dan juga pertanian.Pencemaran yang di sebabkan oleh perindustrian biasanya dalam bahan-bahan kimia ,sisa toksik ,logam berat ,minyak dan kemungkinan juga bahan radioaktif .Ini termasuk sisa-sisa dari sektor penternakan Bahan-bahan seperti pestisida dan bahan kimia lain di ditemui di dalam air yang tercemar berpunca sektor pertanian.akibat dari penggunaan baja yang berlebihan.

Permusnahan terhadap alam sekitar yang serius contohnya penebangan pokok-pokok di hutan bagi tujuan komersial.Ini bagi membuka penempatan baru untuk kediaman manusia,atau bagi mendirikan kilang-kilang.Akibatnya air akan tercemar akibat dari perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisi makan dan najis yang di buang oleh kawasan kediaman manusia. Ini akan mendatangkan kesan termal dan juga sudah pasti akan mengakibatkan kandungan oksigen di dalam air sungai ,tasik dan laut berkurangan dan seterusnya menjejaskan ekosistem .

Hujan asid juga boleh menjuruskan kepada berlakunya pencemaran air.Hujan asid yang mengandungi sulphur dioksida dan juga nitrogen dioksida ,Ini boleh menyebabkan eutrofikasi dan boleh membunuh kehidupan akuatik,Hujan asid ini sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara ,Pencemaran udara pula berlaku adalah akibat dari asap-asap eksos kereta , asap yang dibebaskan semasa melakukan pembakaran secara terbuka.dan akibat dari perlepasan gas-gas dari kilang ke udara.

Selain dari beberapa punca yang disebabkan oleh manusia,alam semulajadi juga boleh menyebabkan pencemaran air,Contohnya akibat letusan gunung berapi ,badai atau ribut taufan dan gempa bumi.Bila ini berlaku maka secara tidak langsung kualiti air pada sungai ,air dan tasik terjejas.

No comments:

Post a Comment