Monday, November 29, 2010

Home » Botol oh Botol....

Botol oh Botol....

Salam semua, apa kabar?

Hari ini kalau tak ada botol air, memang susah nak hidup kat bumi yang hampir kiamat ini. Macam nasi pulak. Hampir setiap hari kita gunakannya, maka sudah tentu kilang botol telah dan akn terus mendapat pulangan berbillion dollar di seluruh dunia.



Sedarkah atau pedulikah kita tentang perihal bahayanya botol plastik yang kita guna itu? Hampir semua budak sekolah terutama sek. rendah membawanya ke sekolah. Botol plastik yang berkualiti rendah yang ada seperti di Malaysia mempunyai pelbagai racun tersembunyi. Antara racun tersebut yang amat berbahaya iaitu BPA (Bisphenol A). Ia terdapat dalam botol jenis polikarbonat. Ia bertindak balas bila terkena suhu yang tinggi seperti air panas dan pancaran matahari.

Ia mimik kepada estrogen di dalam darah, maka sangat berbahaya kerana mengganggu sistem hormon badan kita. Kadarnya yang rendah sudah dapat meyebabkan penyakit jantung, kanser payudara dan kanser prostat. Bagi sesiapa yang merancang mempunyai ramai zuriat yang sihat, fikir-fikirkanlah dan ambil tindakan awal menghindarinya kerana ia dapat mengurangkan tahap kesuburan seseorang. 

Bagi mengetahui lebih lanjut dan seterusnya mendapatkan botol-botol air yang cantik selain bebas BPA dan selamat untuk seisi keluarga, add facebook saya, klik sini dan hantar mesej ke inbox saya untuk kita sama-sama menolak bencana yang senyap ini..

@ emailkan ke tigerbiskuat@yahoo.com

1 comment: