Sunday, November 28, 2010

Home » Belimbing di pameran MAHA 2010 ...

Belimbing di pameran MAHA 2010 ...

Hari ini memanfaatkan masa pergi ke pameran MAHA 2010 di Serdang, orang bukan main ramai dengan kereta beratur panjang memasuki kawasan parking, disebabkan orang ramai menggunakan hari cuti minggu membawa keluarga ke sana.

Sambil melihat pelbagai jualan, terdapat gerai menjual belimbing dimana harganya memang berpatutan, tambahan pula ada 'sample' untuk dicuba. Orang ramai tidak melepaskan peluang mencuba, dan sekali cuba memang nak semua. Sedap...

Akan tetapi, tahukah kita khasiat buah belimbing? Belimbing antara buahan tropika yang popular, antara khasiat yang diketahui ialah ia dipercayai dapat mengubati penyakit kencing manis. Jadi bagi yang ada penyakit ini, pergilah ke pameran MAHA dan banyakkanlah 'testing' buah belimbing disana. Tetapi, bagi yang masih sihat, mencegah lebih baik dari merawat.

Antara khasiat lain ialah ia dapat mencegah penyakit hepatitis, selain dapat meningkatkan daya tahan tubuh badan. Serat yang tinggi memudahkan proses pencernaan dan kandungan kalium yang tinggi mengurangkan penyakit darah tinggi. Orang yang berdiet juga sangat sesuai memakannya. Dan yang paling penting, bagi yang lapar, memang belimbing adalah makanan yang boleh mengenyangkan... 

2 comments:

  1. subhanallah.. info yg bagus.... nak tanam belimbing mcm mana plak? hehe

    ReplyDelete
  2. belimbing sedapppp..masam masam manis:)

    ReplyDelete