Saturday, November 27, 2010

Home » Seluar Dalam Ketat??

Seluar Dalam Ketat??

Ramai orang masih lagi memakai seluar dalam pada hari ini, yang lain mungkin sudah bertukar kepada boxer atau masih lagi merasa rimas akan kedua-duanya, maka lebih selesa tak pakai langsung.

Tapi bagi si lelaki pemakai seluar dalam, tahukah anda tahap keketatan seluar dalam anda boleh mempengaruhi kehidupan sperma anda? dan juga boleh sebabkan kepupusan bakal zuriat anda..

Sperma boleh hidup pada suhu lebih sejuk dari suhu normal 37 darjah celsius badan manusia, lagi sejuk lagi bagus. Jika seluar dalam terlalu ketat, suhu meningkat di kawasan kilang sperma, dan mungkin mengakibatkan kurang penghasilan sperma, atau peningkatan sperma yang 'OKU'.

Jadi kalau mahu keturunan ramai dan sihat, keluarga bahagia, pakailah seluar dalam yang longgar dan selesa, dan lebih bagus, pakai boxer, jangan tak pakai langsung...


1 comment: